TARIK BALIK RUU CUKAI GST- CUKAIKAN ORANG KAYA BUKAN RAKYAT MISKIN! PDF Print E-mail
Thursday, 10 April 2014

 

Kenyataan Akhbar

 

10 APRIL 2014  

Bantah GST / Reject GST / 反对消费税


TARIK BALIK RUU CUKAI GST-

 

CUKAIKAN ORANG KAYA BUKAN

 

RAKYAT MISKIN!

 

 

JERIT  sungguh marah dan kecewa Rang Undang –Undang Cukai GST telah diluluskan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional walaupun rakyat telah berkali-kali menyatakan bantahan mereka terhadap Cukai GST sejak tahun 2005.

 

Cukai GST adalah cukai regresif yang hanya membebankan  lagi rakyat Malaysia. Rakyat sudah dibebani dengan kenaikkan harga barangan keperluan, kenaikkan harga rumah, pemotongan subsidi barangan keperluan, menswastakan perkhidmatan asas seperti air, elektrik dan perubatan  dan banyak lagi.

 

Rakyat tidak mahu sedekah BRIM, apatah lagi BRIM bukanlah satu yang terjamin untuk rakyat terus mendapat bantuan kewangan dari kerajaan untuk menampung kesan GST. 

 

Cukaikan orang kaya,  cukaikan orang maha kaya, cukaikan syarikat-syarikat mengaut keuntungan berlipat ganda dan cukaikan syarikat-syarikat yang monopoli perniagaan.  Bukannya orang miskin yang kais pagi makan pagi , kais petang makan petang.

 

Nampaknya kerajaan BN gagal mengurangkan beban rakyat dan memaksa rakyat memikul tanggungjawab kerajaan.Keadilan sosial sudah dinafikan di Parlimen yang merupakan lambing demokrasi Negara. Rakyat tidak ada pilihan daripada turun ke jalanraya untuk  bantah cukai GST ini. JERIT menyeru Rakyat Malaysia untuk turun ke Dataran Merdeka pada 1 Mei 2014 untuk menunjukkan bantahan mereka kepada Cukai GST dan segala polisi kerajaan yang menindas rakyat.

 

Cukup sudah kita mendiamkan diri. Rakyat biasa perlu bersuara demi masa depan Negara kita dan generasi muda.

 

 

Parames e

Secretariat JERIT&

GabunganBantah GST

 

Website:www.jerit.org

 

Fb: bantahgst
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link