Kempen Bantah cukai GST diteruskan di Negeri Sembilan PDF Print E-mail
Wednesday, 01 October 2014
28 September 2014 – Gabungan Membantah cukai GST dengan terus memberi tekanan kepada kerajaan dalam membantah cukai GST. Antara satu inisiatifnya ialah roadshow dari negeri ke negeri memberi kesedaran serta menghasut rakyat untuk menentang cukai GST. 

Kali ini di Negeri Sembilan, seramai 10 kereta aktivis dari Jaringan Rakyat Tertindas, Parti Sosialis Malaysia dan Kesatuan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) bermula dari Kuala Pilah hingga ke stesen akhir di Mantin mengedarkan risalah Bantah GST sebagai memberi kesedaran. Pada masa yang sama juga memberi cadangan bagaimana rakyat boleh menunjukkan bantahan terhadap cukai GST kepada kerajaan.

Dari Kuala Pilah, Bahau, Gemencheh, Tampin, Rembau, Senawang, Seremban dan berakhir di Mantin, lebih kurang 3000 risalah telah diedarkan dan berjumpa ramai orang menjelaskan keburukan GST.  Rakyat di luar bandar, terutamanya di Kuala Pilah, Bahau dan Gemenchih memanfaat dengan informasi kami tentang betapa buruknya cukai GST kepada rakyat.



 




Pada kali ini, mesej yang lebih penting disampaikan adalah mengenai aksi seterus Gabungan Bantah cukai GST iaitu Bantahan terhadap GST pada 1 Oktober 2014, di KLCC apabila kerajaan menganjurkan Expo GST, dan juga turun ke Parlimen pada 8 Oktober 2014 untuk menunjukkan menghentikan cukai GST diumumkan di bajet pada 10 Oktober 2014.

Cukai GST akan memiskinkan rakyat. Jom terus berkempen sehingga kerajaan hentikan pelaksanaan!

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link