BANGKITLAH KAUM PEKERJA! HAK ANDA SEDANG DICABULI!
Tuesday, 04 December 2007

Isnin 3/12/2007;

Sementara negara ditenggelamkan dengan isu-isu  perkauman , isu-isu  asas seperti hak kaum pekerja dan cabaran kehidupan harian rakyat biasa telah ditolak tepi. Dalam keadaan ini, hari ini Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, JERIT telah membangunkan senator-senator di Parlimen dengan memberi bantahan terhadap Pindaan  Akta Perhubungan Perusahaan dan Kesatuan Sekerja yang mencabul hak lebih 10 juta pekerja Malaysia.

Last Updated ( Tuesday, 04 December 2007 )
Baca Lagi...
MB JANJI RUMAH UNTUK PENDUDUK KG BEREMBANG
Tuesday, 04 December 2007

2/12/07

Menteri Besar Selangor Mohd Khir Toyo telah menjanjikan rumah untuk Penduduk Kampung Berembang yang telah berkhemah di luar kampung selama 9 bulan yang lalu. Keputusan baik ini adalah hasil demontrasi besar yang dilakukan oleh penduduk dan penyokong perjuangan mereka.

Sejak pagi pukul  9.30 penduduk berkumpul untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar yang akan datang merasmikan Projek Perumahan pangsapuri Berembang Indah. Pihak polis bertindak mengugut untuk menahan penduduk jika mereka berdemontrasi dan menghalang penduduk daripada memasuki tempat perasmian.

Last Updated ( Tuesday, 04 December 2007 )
Baca Lagi...
HENTIKAN SEGERA SEGALA UGUTAN DAN INTIMIDASI TERHADAP PARA PEKERJA!
Wednesday, 28 November 2007

KENYATAAN AKHBAR 

Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK), JERIT mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar bahawa majikan boleh mengambil tindakan tegas termasuk membuang pekerja yang terlibat dalam perhimpunan anjuran HINDRAF (Utusan Malaysia – 27 Nov 2007).

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan setiap warganegara berhak untuk berhimpun secara aman.   Malah, JERIT berpendirian teguh bahawa hak ini harus dihormati dan ruang demokrasi harus diberi supaya ketidakpuasan rakyat boleh diluahkan.

Last Updated ( Wednesday, 28 November 2007 )
Baca Lagi...
HENTIKAN INTIMIDASI,HORMATI HAK BERHIMPUN!
Monday, 26 November 2007

JERIT mengecam sekeras-kerasnya tindakan polis yang menyerang lebih 30,000 penyokong HINDRAF yang cuba berhimpun dan menyampaikan memorandum kepada pihak Kedutaan British. Mereka ini yang cuba berhimpun secara aman dipukul dan diserang dengan menggunakan gas pemedih dan juga air bercampur "chemical" yang memedihkan mata dan kulit.

Pihak polis juga telah menjalankan kempen intimidasi melalui media supaya jangan berhimpun pada 25/11/2007. Sekatan jalanraya juga di adakan di merata-rata tempat  untuk menakut-nakutkan rakyat. Intimidasi seperti ini juga berlaku semasa Perhimpunan Aman BERSIH yang diadakan baru-baru ini.

Last Updated ( Monday, 26 November 2007 )
Baca Lagi...
UPM MENINDAS PELAJAR SENDIRI;APA RASIONAL HUKUMAN GANTUNG SATU SEMESTAR LEE SONG YONG?
Monday, 26 November 2007

UPM MENINDAS PELAJAR SENDIRI! BATALKAN HUKUMAN GANTUNG SATU SEMESTAR LEE SONG YONG !

Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP) membantah sekuat-kuatnya tindakan pihak pentadbir universiti yang mengemukakan hukuman gantung satu-semester yang tidak munasabah terhadap Lee Song Yong.

Lee Song Yong, seorang pelajar tahun kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Komputer, telah digantung satu semester atas keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Khamis 22 November 2007 setelah beliau didapati bersalah di atas tuduhan tidak memberi kerjasama, mempertikaikan tugas Pengawai Keselamatan dan menghalang Pengawai Keselamatan tersebut daripada menjalankan kerja, kewajipan dan fungsinya.

Last Updated ( Monday, 26 November 2007 )
Baca Lagi...
Majikan Cosmoplas Akur Kepada Tuntutan Pekerja!
Wednesday, 21 November 2007
 
13 November 2007
Menurut pekerja Kilang Cosmoplus yang gigih memperjuangkan hak mereka, gaji bulan Oktober mereka telah diterima oleh mereka minggu lepas , iaitu pada 7/10/2007. Gaji ini diperolehi setelah perjuangan mereka yang bertubi tubi, dimana mereka telah mengadakan protes di hadapan kilang mereka dan juga di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya 2 hari berturut-turut minggu lepas. Bukan itu sahaja, aduan juga telah dibuat di Jabatan Buruh mengenai isu ini.
 
Walaubagaimanapun isu ini belum selesai kerana pihak majikan belum membayar gantirugi pemberhentian kerja kepada para pekerja. Kes pekerja cosmoplus di JAbatan Buruh adalah pada 12 & 19 Disember 2007.
Perjuangan pekerja akan diteruskan sehingga mereka mendapat ganti rugi yang sewajarnya untuk kehilangan kerja dan kesusahan yang dialami akibat tindakan majikan yang tidak bertanggungjawab ini.
 
Dilaporkan oleh
 
Kohila
Sekretariat JERIT
Last Updated ( Wednesday, 21 November 2007 )
<< Start < Previous 41 42 Next > End >>

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link